Laptop
lembap? Takda duit nak beli RAM atau laptop baru? Tapi tetap nak lajukan laptop? Ada
pendrive? Mungkin cara ini dapat membantu membantu lajukan laptop anda.
Laptop
saya laptop lama, dah hampir lima enam tahun saya guna laptop ni. RAM 1GB.
Sebab nak lawa, guna window 7 lagi. Banyak lagi software berat-berat selalu
guna. Guna internet lagi. Jadi faham-faham la, laptop memang lambat. Selalu lag
lagi. Selepas selalu lag ni la baru rasa nak lajukan laptop.

Tapi saya jumpa cara ni, dan cara ni menjadi. Saya tak berapa tahu seberapa laju dah bertambah laptop saya. Yang saya tahu, laptop saya sekarang tak selembap sebelum ni. Hang pun jarang-jarang dah.
Eh, macam tak sudah mungkin. Tak tahu la, sebab saya baru cuba cara ni dua hari. Yang penting, sebelum ni kalau laptop saya tengah scan virus, laptop ni selalu hang tapi sekarang tak lagi.

Mengikut
tutorial yang saya jumpa ni, pendrive yang boleh di guna antara 256Mb hingga
4GB saja. Saya dah cuba guna pendrive 2GB. Pendrive 8Gb saya tu, sayang pula
nak guna. Jadi belum cuba lagi. Tapi dengan pendrive 2GB ni pun, boleh tahan
juga lajunya.
Cara
ini adalah salah satu cara untuk menggunakan pendrive dengan efektif. Iaitu
menggunakan fungsi ReadyBoost.
Cara
lajukan laptop menggunakan pendrive sebagai RAM (Window 7)
- Masukkan pendrive dalam port USB
- Buka My Computer
- Right click pada pendrive
- Format pendrive jadi NTFS
- Dah siap format, right semula pada pendrive.
- Pilih “Properties”
- Tekan “ReadyBoost”
- Check “Use this device”
- Klik “Apply” kemudian “Ok”
- Lepas tu, “Log Off” atau “Restart”
- Rasakan kelajuan laptop anda.
Atau
boleh tengok caranya melalui video di bawah.
Cara
lajukan laptop menggunakan pendrive sebagai RAM (Window XP)
Untuk
window XP saya tak cuba lagi sebab saya tak guna window XP, kawan-kawan saya
pun semua guna window 7. Jadi anda boleh cuba, kalau jadi beritahu saya. Kalau
tak jadi pun, beritahu saya. Jadi saya boleh cuba cari jalan penyelesaian.
- Masukkan pendrive dalam port USB
- Buka “My Computer”
- Right click pada pendrive
- Pilih “Properties”
- Pilih “ Advanced”
- Pilih “Settings” pada bahagian “Performance”
- Pilih “Advanced”
- Klik “Change” pada “Virtual Memory”
- Pilih memori yang ada pada pendrive anda
- Tetapkan nilai yang anda ingini dan klik “OK”
- Lepas tu, “Restart” pc anda.
- Rasakan kelajuan laptop anda.
Sumber
untuk window XP dari Horayy Blog – Jadikan
pendrive anda sebagai Ram Ke-2
Cara
ini hanya untuk boost laptop anda supaya tidak menggunakan RAM dengan lebih
banyak. Walaupun begitu, anda harus kekalkan cara basic untuk lajukan laptop.
Ini bagi mendapatkan kelajuan yang optima laptop anda.
Ini
perkongsian pertama saya menggunakan video, harap anda boleh berikan pendapat.
Update
14/04/2012 :
Sebaiknya jangan gunakan pendrive yang sedang digunakan untuk lajukan laptop anda. Atau lebih mudah di panggil readyboost, jangan gunakan pendrive anda untuk simpanan data yang lain. Tiada salahnya jika ingin menggunakan untuk letak data juga. Tetapi lebihan dalam pendrive itu la yang di gunakan untuk ringankan penggunaan RAM.

Jika
anda ingin menggunakan pendrive sebagai keperluan lain juga, boleh nyahaktifkan
fungsi readyboost.
Jika
anda ingin menggunakan setiap masa fungsi readyboost ini, anda boleh beli satu
pendrive yang lebih spesifik untuk lajukan laptop anda.
Saya
sudah mencuba cara ini dengan menggunakan pendrive 8GB. Ia menjadi.
Saya
sudah mencuba cara ini dengan menggunakan dua pendrive sekaligus iaitu 8GB
dengan 2GB. Ia menjadi. Tetapi saya kurang rasa kelajuannya sebab masalah
teknikal yang lain.
Selebihnya,
saya ada sedikit update di perkongsian lain iaitu cara
basic lajukan laptop.
No comments:
Post a Comment